fbpx

Aplikasi MyJalan terima 23,839 aduan jalan rosak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ahmad Maslan bersama Mohamad Nasir (dua kanan) dan Nik Airina (kanan) bergambar bersama selepas merasmikan Hari Keselamatan Plus 2024 di Persada Plus, hari ini. - Foto oleh M.FIRDAUS M.JOHARI

PETALING JAYA – Aplikasi MyJalan menerima sebanyak 23,839 aduan berkaitan jalan raya sehingga 22 November lalu dan 7,287 daripadanya di bawah seliaan Kementerian Kerja Raya (KKR).

Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Ahmad Maslan, berkata, daripada jumlah tersebut, 6,872 aduan atau 94.3 peratus telah diselesaikan mengikut tempoh ditetapkan.

“Baki 415 aduan (5.7 peratus) MyJalan yang diintegrasikan dengan aplikasi Plus sejak April lalu itu pula, sedang dalam proses tindakan,” katanya ketika hadir merasmikan Hari Keselamatan Malaysia Berhad (Plus) 2024 di Persada Plus, di sini hari ini.

Program Hari Keselamatan Plus berkenaan merupakan edisi keenam sejak ia diperkenalkan yang bertemakan ‘MyPlus Selamat’.

Pengerusi Plus, Datuk Mohamad Nasir Ab. Latif, menerusi ucapannya berkata, bilangan kemalangan melibatkan pekerja pada tempoh Januari hingga Jun tahun ini adalah membimbangkan.

Katanya, sebanyak 52 peratus kemalangan di Malaysia melibatkan kemalangan industri, manakala 48 peratus melibatkan kemalangan perjalanan (pergi dan pulang) dari tempat kerja.

“Data yang direkodkan di lebuh raya kendalian Plus pada tahun ini menunjukkan, 66 peratus daripada kemalangan melibatkan kenderaan persendirian (kelas 1), 20 peratus motosikal, manakala 14 peratus lagi lain-lain jenis kenderaan.

“Daripada analisis kami, kebanyakan insiden berlaku pada waktu puncak perjalanan hari bekerja. Ini menandakan keperluan semua pihak berganding bahu meningkatkan kesedaran dan mengambil langkah pencegahan,” ujarnya.

Sementara itu, Pengarah Urusan Plus, Datuk Nik Airina Nik Jaffar turut berkongsi pendekatan yang dijalankan pihaknya dalam usaha pembudayaan keselamatan dengan memperkenalkan pelbagai inisiatif.

“Antaranya mengadakan program Kelab Peronda Selamat (KPS) dan Kelab CSA Selamat (KCS). Pendekatan S.T.A.R (STOP-THINK-ACT-REVIEW) turut digunakan selain yang terbaharu, pelancaran ‘HSSE GO’, sebuah gamifikasi keselamatan yang menggalakkan penglibatan aktiviti keselamatan,” jelasnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI