fbpx

85 peratus penjawat awam pilih SSPA setakat hari ini – KSN

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Shamsul Azri ketika sidang akhbar selepas Seminar Kenegaraan Malaysia MADANI : Taat Setia di Dewan Damarsari Putrajaya, hari ini. -Foto oleh FAIZ ALIF ZUBIR/KOSMO!

PUTRAJAYA – Sebanyak 85 peratus penjawat awam telah bersetuju dan menandatangani opsyen Skim Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) setakat hari ini.

Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar berkata, beliau difahamkan, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) akan sedaya upaya memberi penerangan bagi memastikan kesemua penjawat awam memilih opsyen itu.

Beliau berkata, pihaknya dimaklumkan masih ada penjawat awam tidak jelas dengan skim berkenaan.

“Ia disebabkan ada info tidak tepat yang disebarkan di media sosial,” katanya ketika ditemui selepas menyampaikan ucaptama pada Seminar Kenegaraan Malaysia Madani: Taat Setia di sini, hari ini.

Ditanya apa punca masih ada penjawat awam yang enggan menandatangani opsyen itu, Shamsul berkata, beliau memaklumkan ia bukan disebabkan salah faham sebaliknya ada penjawat awam yang merujuk sumber tidak sah.

“Kalau yang memperkenalkan SSPA itu JPA, ikutlah portal JPA dan dengarlah nasihat JPA serta ikutlah sesi lihat urus oleh JPA.

“Jangan dengar cakap kawan-kawan dekat media sosial. Kerana kawan-kawan dekat media sosial ni tak kerja kerajaan pun. Macam mana dia nak faham,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI