fbpx

[VIDEO Tukar tayar di laluan kanan, pengguna jalan raya berhenti mengejut

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar hantaran yang dimuat naik di Facebook.

PETALING JAYA – Seorang lelaki mencetuskan situasi bahaya apabila berhenti di lorong kanan lebuh raya untuk menukar tayar pancit, memaksa pengguna jalan raya mengelak secara mengejut.

Menerusi rakaman papan pemuka (dashcam) yang dikongsi di Facebook, pemilik dashcam itu dilihat sedang memandu di lorong kanan sebelum tiba-tiba berpindah ke lorong kiri untuk mengelak sebuah kereta yang membrek secara mengejut di hadapan.

Setelah melepasi kereta tersebut, terdapat sebuah Perodua Viva berwarna putih yang berhenti di tengah lorong kanan untuk menukar tayar.

Pemilik kenderaan tersebut dilihat melambai-lambai tangan sebagai amaran kepada pemandu lain, namun tindakan itu tetap berisiko tinggi kerana lorong kanan merupakan lorong memecut.

Situasi ini bukan sahaja membahayakan dirinya, tetapi juga pengguna jalan raya lain yang terpaksa mengubah haluan secara tiba-tiba untuk mengelak kemalangan.

Hantaran ini telah meraih perhatian pengguna media sosial yang rata-rata tidak bersetuju dengan tindakan pemandu Perodua Viva itu.

“Lane paling kiri tu pun dah ada ‘signboard’ kerja dihadapan. Kau terus je la berhenti belakang ‘signboard’ tu. Kan lagi selamat. Memang betul-betul menyusahkan orang lain lah macam ni,” kata Isnaini.

“Bahaya. Silap silap bukan tukar tayar je, tukar alam sekali,” komen Muhd Azrean Asyraf.

“Kenapa lah kau tak pandu perlahan-lahan ke tepi jalan. Laluan kanan untuk laju kot,” ujar Ferdy Torrenzo. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI