fbpx

UK catat 5 ancaman bom

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Letupan kuat berhampiran stesen kereta api Euston Sabtu lalu adalah yang terbaharu dalam rentetan insiden di seluruh UK. - Getty Images

LONDON  – Sebanyak lima insiden utama melibatkan ancaman bom dilaporkan di seluruh United Kingdom (UK) minggu lalu, dengan beberapa insiden berlaku dalam masa hanya 96 jam, lapor akhbar Metro UK kelmarin.

Letupan kuat kedengaran dekat stesen kereta api Euston kelmarin adalah yang terbaharu dalam rentetan insiden di seluruh UK.

Insiden lain termasuk kekecohan di Kedutaan Amerika Syarikat, Lapangan Terbang Gatwick, stesen kereta api dan bas Chester serta stesen bas Glasgow.

Penumpang di Euston yang merupakan antara stesen paling sibuk di London telah dipindahkan petang kelmarin, manakala Polis Metropolitan London melakukan ‘letupan terkawal’ sejurus selepas pukul 12.40 tengah hari (waktu tempatan).

Beribu-ribu pelancong mengalami gangguan perjalanan pada pukul 8.20 pagi (waktu tempatan) Jumaat lalu, selepas ancaman bom diterima di lapangan terbang Gatwick.

Penumpang memenuhi kawasan sekitar Terminal Selatan ketika skuad pemusnah bom Polis Sussex menyiasat ‘barang terlarang yang disyaki dalam bagasi’. Ia kemudiannya disahkan selamat, kata polis.

Pada Rabu lepas, penumpang stesen Bas Buchanan di Glasgow telah dipindahkan sekitar pukul 1 tengah hari (waktu tempatan). Polis Scotland melakukan ‘letupan terkawal’ yang dianggap sebagai ‘ancaman boleh dipercayai’, lapor laman berita My London.

Tiada kaitan dipercayai wujud antara mana-mana insiden.

Bagaimanapun, seorang pakar universiti Buckingham berkata, peristiwa di London berkemungkinan bertujuan untuk mempermainkan pihak berkuasa.

“Pada hemat saya, ada seorang psiko(sakit mental)  yang berkeliaran dengan dendam dan berniat mempermainkan pihak berkuasa keselamatan kita,” kata Profesor Anthony Glees.

Justeru, Glees menggesa orang ramai supaya tidak bimbang dan menyimpulkan siri ancaman itu tidak melibatkan pengganas. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI