fbpx

Tiga ADUN angkat sumpah Exco Perlis baharu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tuanku Syed Sirajuddin (duduk) bergambar bersama barisan Exco Perlis selepas istiadat angkat sumpah jawatan itu di Istana Arau, hari ini.

ARAU – Tiga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Perlis mengangkat sumpah jawatan sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) yang baharu berkuat kuasa hari ini.

Tiga muka baharu yang dilantik menjawat jawatan itu ialah ADUN Sena, Marzita Mansor; ADUN Kuala Perlis, Abu Bakar Hamzah dan ADUN Guar Sanji, Mohd. Ridzuan Hashim.

Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail berangkat untuk menyaksikan istiadat angkat sumpah tersebut yang berlangsung di Istana Arau, di sini.

Berangkat sama Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail dan Menteri Besar, Mohd. Shukri Ramli.

Sementara itu, ADUN Santan, Mohd. Azmir Azizan; ADUN Kayang, Asrul Aimran Abdul Jalil; ADUN Titi Tinggi, Izizam Ibrahim; ADUN Simpang Empat, Razali Saad dan ADUN Mata Ayer, Wan Badariah Wan Saad dikekalkan sebagai Exco.

Kelima-lima mereka yang dilantik semula mengangkat sumpah jawatan tersebut dalam istiadat sama.

Dalam pada itu, dua ADUN yang digugurkan ialah ADUN Tambun Tulang, Wan Zikri Afthar Ishak dan ADUN Pauh, Megat Hashirat Hassan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI