fbpx

Tiada syarat baharu bagi warga emas perbaharui lesen memandu – JPJ

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AEDY (tengah) bermesra dengan sebahagian peserta program MyLesen bagi kategori motosikal yang berjaya mendapat lesen B2 pada Majlis Perasmian Penutup Program MyLesen Peringkat Negeri Perak 2024 di Kompleks SKOMK, Teluk Intan hari ini.

TELUK INTAN – Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) tidak mempunyai sebarang perancangan untuk menetapkan syarat-syarat baharu bagi pemandu warga emas khususnya yang telah berumur 65 tahun ke atas untuk mendapat dan memperbaharui lesen kenderaan.

Malah, setakat ini warga emas itu dibenarkan memandu kenderaan seperti biasa tanpa sebarang kekangan selain wajib mengikuti penilaian kompetensi dan kesihatan.

Ketua Pengarah JPJ, Datuk Aedy Fadly Ramli berkata, pihaknya masih membenarkan warga emas mendapatkan dan memperbaharui lesen sehingga hari ini.

“Kita tidak menghadkan lesen itu atau perlu sesuatu syarat untuk warga emas mendapat lesen atau memperbaharui lesen bagi memandu kenderaan.

“Itu peringkat dasar Kementerian Pengangkutan dan memang dalam penelitian,” katanya ringkas pada sidang media selepas Majlis Perasmian Penutup Program MMK MyLesen Peringkat Negeri Perak 2024 di Kompleks SKOMK di sini hari ini.

Program MyLesen di negeri ini melibatkan 2,595 peserta golongan B40 yang terdiri daripada lesen kelas B2 (2,500 peserta) lesen vokasional kenderaan barang, GDL-lori (40 peserta), lesen vokasional kenderaan perkhidmatan awam (PSV) bas (30 peserta) dan e-hailing seramai 25 peserta.

Media melaporkan, peningkatan kes kemalangan jalan raya melibatkan pemandu warga emas di negara ini boleh dikurangkan jika syarat tambahan bagi pembaharuan lesen memandu golongan tersebut diperkenalkan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI