fbpx

Tajuddin kembali diterima UMNO serta-merta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tajuddin (kiri) dan Othman. - Foto AMIR KHALID/KOSMO!

KUALA LUMPUR – Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO sebulat suara melepaskan dan menarik semula penggantungan keahlian Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman sebagai Ahli UMNO berkuat kuasa serta-merta.

Setiusaha Agung UMNO, Datuk Asyraf Wajdi Dusuki berkata, keputusan tersebut dibuat selaras dengan Fasal 10.6 dan Fasal 5.3 Perlembagaan UMNO.

“Majlis Kerja Tertinggi mengucapkan tahniah atas perlantikan Pengerusi Veteran UMNO Malaysia, Datuk Othman Desa sebagai Ahli Majlis Kerja Tertinggi Dilantik,” jelasnya selepas Mesyuarat MKT UMNO di Menara Dato’ Onn, malam ini.

Dalam pada itu, Asyraf berkata, kerajaan Madani yang genap dua tahun Sabtu lalu terbukti menjadi formula ampuh berteraskan semangat perpaduan dan kepelbagaian kaum dan agama perlu terus didokong serta dipertahankan demi kesejahteraan rakyat serta keharmonian negara.

“Ahli Mesyuarat bersepakat meminta supaya segala usaha untuk memperkukuh dan mempereratkan lagi hubungan di kalangan parti-parti dalam Kerajaan Perpaduan untuk terus dipertingkatkan.

“Majlis Kerja Tertinggi juga meminta supaya semua wakil-wakil UMNO dalam Kerajaan Perpaduan sama ada yang memegang amanah parti dalam Jemaah Menteri mahupun Agensi-Agensi dan Syarikat-Syarikat Kaitan Kerajaan mesti terus meningkatkan prestasi kerja dengan cemerlang demi rakyat dan negara,” jelasnya.

Sementara itu, UMNO akan memulakan Sekolah Politik yang akan dibuka kepada semua rakyat Malaysia bermula awal tahun hadapan.

Ia bagi memfokuskan kepada ilmu-ilmu asas kenegaraan, perlembagaan, dinamika politik demokrasi, politik khidmat dan bakti kepada rakyat. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI