fbpx

Tahanan lolos panjat pagar Mahkamah Alor Gajah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
POLIS memburu tahanan berusia 30-an yang meloloskan diri di pekarangan Mahkamah Alor Gajah, Melaka.

ALOR GAJAH – Polis memburu seorang tahanan lelaki warga Indonesia yang meloloskan diri dalam keadaan tangan bergari di pekarangan Mahkamah Alor Gajah, di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintendan Ashari Abu Samah berkata, lelaki berusia dalam lingkungan 30-an itu dibawa pegawai kastam ke mahkamah bagi sebutan semula kes di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

Bagaimanapun lelaki itu dilaporkan lolos ketika dibawa masuk ke dalam kenderaan penguat kuasa kira-kira pukul 10.10 pagi tadi.

“Tahanan itu menolak pegawai pengiring sebelum melarikan diri dengan memanjat pagar mahkamah sebelum masuk ke kawasan semak berhampiran.

“Dia melarikan diri dengan kedua-dua tangan bergari. Ketika kejadian, tahanan tersebut memakai kemeja-T berwarna biru muda dan berseluar panjang putih,” katanya kepada pemberita, hari ini.

Susulan kejadian itu, pihak polis melancarkan Op Tutup Dan Op Kesan bagi menangkap lelaki terbabit.  Operasi turut dibantu Unit Anjing Pengesan (K9). – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI