fbpx

SPM 2024 bermula 2 Disember hingga 6 Februari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR HIASAN

PUTRAJAYA – Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2024 akan bermula pada 2 Disember ini hingga 6 Februari 2025.

Kementerian Pendidikan (KPM) dalam kenyataannya berkata, Ujian Bertutur Bahasa Melayu dijadualkan pada 2 hingga 5 Disember, diikuti Ujian Amali Sains pada 9 hingga 12 Disember manakala Ujian Bertutur Bahasa Inggeris pula pada 16 hingga 19 Disember.

Ia diikuti Ujian Mendengar Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris pada 31 Disember seterusnya Peperiksaan Bertulis pada 21 Januari hingga 6 Februari 2025.

“Secara keseluruhannya, seramai 402,956 calon mendaftar untuk menduduki SPM 2024 di 3,337 buah pusat peperiksaan di seluruh negara.

“Seramai 126,636 petugas peperiksaan dilantik bagi memastikan kelancaran pengurusan dan pengendalian peperiksaan,” katanya hari ini.

KPM turut mengingatkan semua calon SPM 2024 agar merujuk jadual waktu bagi mendapatkan maklumat mengenai tarikh, masa, kod dan kertas peperiksaan serta arahan yang perlu dipatuhi sepanjang peperiksaan berlangsung.

Jadual waktu SPM 2024 boleh dimuat turun dari laman sesawang Lembaga Peperiksaan (LP) melalui pautan lp.moe.gov.my.

KPM berkata, calon diingatkan supaya membawa dokumen pengenalan diri dan Pernyataan Pendaftaran Peperiksaan ke pusat peperiksaan.

“Calon juga hendaklah mematuhi prosedur operasi standard dan peraturan yang ditetapkan bagi memastikan kelancaran pengurusan pengendalian SPM 2024,” katanya.

Berhubung keselamatan dan kebajikan calon serta petugas peperiksaan dalam menghadapi sebarang kemungkinan termasuk banjir sepanjang SPM, KPM memaklumkan, pihaknya sentiasa bersiap siaga mekanisme dan langkah persediaan sewajarnya termasuk bekerjasama dengan agensi berkaitan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI