fbpx

Saya sudah terima saman Bersatu, tetapi belum semak – Johari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Johari bercakap pada sidang akhbar selepas merasmikan Kempen Hentikan Keganasan Terhadap Wanita di Bangunan Parlimen, hari ini. Foto FARIZ RUSADIO

KUALA LUMPUR – Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) telah menyerahkan writ saman kepada Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul minggu lalu.

Johari berkata, beliau masih belum memyemak butiran writ saman itu yang dikatakan berkaitan keputusannya tidak mengosongkan kerusi lima Ahli Parlimen yang dipecat parti itu.

“Mungkin di pihak atasan sudah menerima surat writ saman itu tetapi saya belum tengok lagi. Saya akan semak semula. Bagaimanapun saya dimaklumkan ia telah dihantar pada minggu lepas.

“Sudah tentu Peguam Negara (AG) yang akan menjawab saman tersebut bagi pihak kerajaan. Saya serahkan kepada mereka untuk melaksanakannya dan kita lihat apa yang akan berlaku.

“Saya tidak boleh beri komen secara peribadi. Saya bertindak di atas landasan undang-undang maka kita perlu selesaikan perkara itu berdasarkan undang-undang, tidak boleh mengikut perasaan,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan kempen Hentikan Keganasan Terhadap Wanita (EVAW) di Bangunan Parlimen, hari ini.

Terdahulu, pada 18 November lalu, Bersatu mengemukakan saman pemula di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 15 November lalu bagi menuntut perisytiharan keputusan Yang di-Pertua Dewan Rakyat tidak mengosongkan kerusi lima ahli Parlimen yang dipecat parti itu sebagai tidak berperlembagaan.

Setiausaha Kerja Bersatu, Datuk Kapten (B) Muhammad Suhaimi Yahya dan Ketua Whip parti, Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee selaku plaintif memfailkan saman itu, melalui firma guaman, Tetuan Chetan Jethwani & Company.

Kedua-dua plaintif menamakan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul, dan lima ahli Parlimen iaitu Datuk Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid (Kuala Kangsar), Mohd Azizi Abu Naim (Gua Musang), Zahari Kechik (Jeli), Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal (Bukit Gantang) dan Datuk Dr Zulkafperi Hanafi (Tanjong Karang) sebagai defendan pertama hingga keenam. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI