PETALING JAYA – Seorang peniaga kedai makan meluahkan rasa kecewa apabila ada pelanggan yang sanggup membayar menggunakan wang kertas koyak.
Menerusi perkongsian peniaga tersebut yang menggunakan akaun Facebook Sky Tiger, dia memaklumkan terdapat papan pemberitahuan disediakan di kaunter kedai yang mengingatkan para pelanggan untuk tidak membayar menggunakan wang koyak atau lusuh.
“Saya masak ikhlas, kau makan sdap, kenyang tapi last last bayar pakai duit koyak. Saya kasi ikhlas makanan masuk perut.
“Sekiranya tidak disengajakan, alhamdullilah rezeki kau berganda. Tapi kalau disengajakan bagi, harap harap rezeki berganda untuk perniagaan saya,” katanya.
Kata peniaga tersebut, ketika kejadian pelanggan di kedai penuh dan ramai berbaris untuk membuat pembayaran sehingg pekerjanya tidak perasan diberi wang koyak.
Sementara itu, menjengah ke ruangan komen, pelbagai reaksi diberikan orang ramai sehingga hantaran lelaki tersebut meraih lebih 5,000 perkongsian.
“Tak apa, ikhlaskan sahaja. Nanti tukar di bank, semoga semakin mencurah rezeki,” kata akak Long.
“Kena semak betul-betul duit sebelum terima, memang ada pelanggan yang sengaja bayar guna duit koyak. Menyusahkan. Patutnya dia kena jujur dalam membayar lagi-lagi makanan, jadi darah daging,” kata Jayden. – KOSMO! ONLINE