PETALING JAYA – Selepas aset mewah disita, Instagram usahawan selebriti Datuk Seri Vida diserang netizen bertubi-tubi.
Semuanya berlaku selepas Vida atau nama sebenarnya Hasmiza Othman, 53, dilaporkan tidak menyelesaikan hutang kepada sebuah syarikat kontraktor pembinaan sebanyak RM1,060,285.
Rata-rata tidak percaya dengan berita tersebut selain terkejut usahawan yang selama ini sering menayang kemewahan mempunyai hutang berjumlah jutaan ringgit.
“Rumah Datuk kena serbu katanya tidak bayar hutang RM1 juta betulkah?,” soal netizen
“Ingatkan orang kaya tak ada hutang, rupa-rupanya lagi banyak berhutang,” herdik pengikut.
”Semalam anak baru tayang terima duit berpuluh ribu, hari ini keluar berita tak bayar hutang,” ujar netizen.
Bagaimanapun, ada juga yang masih bersangka baik terhadap Vida dan beranggapan wanita itu ada sebab kukuh bertindak tidak melunaskan hutang.
“Mungkin Datuk Vida sendiri yang tak bayar sebab kontraktor bermasalah, mana kita tahu,” ujar peminat.
“Rasanya dia malas nak bayar, setakat RM1 juta celah gigi dia sahaja,” kata pengikut.
Hari ini, media melaporkan bahawa aset seperti barangan rumah, kediaman dan kereta Vida disita selepas gagal membayar hutang pada 2018.
Tindakan sita tersebut dibuat selepas Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mendapati Vida gagal memberi sebarang respons untuk membayar kembali ganti rugi pada tahun 2023. – KOSMO!ONLINE