fbpx

Polis siasat kematian lelaki warga asing ketika dalam tahanan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

SEPANG – Polis kini menyiasat punca kematian mengejut seorang lelaki warga asing di Balai Polis Main Terminal Building (MTB), Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1, di sini Sabtu lalu.

Dalam kejadian pukul 1.30 tengah hari itu, mangsa dikatakan dalam perjalanan dari United Kingdom ke Phuket, Thailand sebelum transit di KLIA.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, sebaik tiba di KLIA, mangsa telah melakukan kacau ganggu dan bertindak agresif semasa berada di lapangan terbang itu.

Beliau berkata, mangsa kemudian ditahan namun, ketika ditahan mangsa masih bertindak agresif dan telah merosakkan barang-barang milik balai polis sehingga mengakibatkan kecederaan terhadap dua anggota polis serta seorang anggota polis bantuan.

“Ketika dalam proses dokumentasi, mangsa telah tidak sedarkan diri dan pihak polis segera meminta bantuan pihak perubatan KLIA sebelum disahkan meninggal dunia.

“Proses bedah siasat telah pun dijalankan di Hospital Sultan Idris Shah, Serdang semalam,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Katanya, punca kematian masih belum dikenal pasti serta memerlukan keputusan siasatan makmal dan kes diklasifikasikan sebagai kematian mengejut. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI