fbpx

Pemandu mabuk rempuh suami isteri hingga maut didakwa esok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PEMANDU Perodua Alza dipercayai mabuk yang melanggar sehingga maut sepasang suami isteri.

JOHOR BAHRU – Pemandu mabuk yang merempuh pasangan suami isteri sehingga maut dalam nahas di Jalan Besar/Jalan Mesjid, Pasir Gudang pada 16 November lalu akan dituduh di Mahkamah Majistret di sini esok.

Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintendan Mohd. Sohaimi Ishak berkata, lelaki berusia 34 tahun itu akan dituduh mengikut Seksyen 44(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

“Kita telah melengkapkan kertas siasatan dan merujuk kepada Pejabat Timbalan Pendakwa Raya dan mendapat arahan untuk menuduh pemandu Perodua Alza itu atas dua pertuduhan di Mahkamah Majistret Johor Bahru esok,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mohd. Sohaimi memberitahu, dalam kejadian pada pukul 4 pagi, 16 November lalu, pemandu kenderaan pelbagai guna (MPV) Perodua Alza melanggar lampu isyarat merah sebelum merempuh sebuah motosikal ditunggang sepasang suami isteri.

Siasatan mendapati pemandu Perodua Alza berada di bawah pengaruh alkohol.

Kejadian itu meragut nyawa Mohd. Ridzwan Mohd. Rudi, 37, dan isterinya, Linda Mohd. A. Aziz, 35. Pemandu Perodua Alza yang mengalami kecederaan dihantar ke Hospital Sultan Ismail untuk rawatan lanjut.-KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI