fbpx

Mindef cadang tambah pos kawalan di sempadan Malaysia-Thailand

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR HIASAN

KUALA LUMPUR – Kementerian Pertahanan sedang meneliti keperluan untuk menambah pos kawalan keselamatan serta menjalinkan kerjasama dengan pelbagai pihak bagi menangani isu pencerobohan di sempadan Malaysia-Thailand.

Timbalan Menteri Pertahanan, Adly Zahari berkata, tindakan itu adalah sebahagian daripada langkah kawalan dan menganalisis situasi semasa melibatkan kawasan sempadan tersebut.

Beliau menambah, menerusi Jawatankuasa Perancang Gerakan (JPG), pelaksanaan operasi telah dipertingkat dan ditambah baik dengan mengatur gerak pelbagai aset baharu di semua pos kawalan keselamatan.

“Dengan pertambahan aset di kawasan operasi kawalan di sempadan akan dapat diperkukuhkan lagi dan seterusnya mencegah pencerobohan anasir luar.

“Selain itu, agensi kerajaan lain yang turut terlibat dalam kawalan sempadan negara selaras dengan pendekatan keseluruhan kerajaan.

“Pada masa sama pihak Angkatan Tentera Malaysia (ATM) berkerjasama dengan Royal Thai Army (RTA) melalui pelaksanaan combine force border patrol, iaitu rondaan sempadan berpandukan kerjasama antara Malaysia dan Thailand dan dilaksanakan dua kali setahun,” katanya di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau berkata demikian bagi menjawab pertanyaan Datuk Dr Ahmad Marzuk Shaary (PN- Pengkalan Chepa) mengenai langkah mitigasi kementerian bagi isu pencerobohan di Sempadan Malaysia-Thailand.

Dalam pada itu, beliau memberitahu, kerjasama dengan pelbagai agensi juga telah berjaya menahan seramai 197 individu sehingga kini.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI