fbpx

Lubang benam 6 meter di Jalan Gua Musang-Lojing sudah dibaiki

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kerja-kerja membaiki lubang benam sedalam enam meter di Jalan Gua Musang-Lojing, Gua Musang dijalankan bermula semalam. - Foto media sosial

GUA MUSANG – Lubang benam sedalam enam meter di Jalan Gua Musang-Lojing berhampiran penempatan Orang Asli Kampung Jekjok, Pos Brooke di sini sudah dibaiki bermula semalam.

Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintendan Sik Choon Foo berkata, laluan yang rosak itu bagaimanapun belum dibuka untuk laluan kenderaan kerana kerja-kerja membaiki belum siap sepenuhnya.

Katanya, laluan hanya dibuka satu lorong untuk dilalui pengguna jalan raya dari arah Lojing dan Cameron Highlands menuju ke Gua Musang.

“Lorong yang terlibat lubang benam masih dalam pembinaan dan belum dapat diakses oleh kenderaan kerana kerja-kerja menurap jalan belum dijalankan.

“Beberapa papan tanda juga diletakkan terlebih awal untuk memberi amaran mengenai kerja-kerja membaiki yang sedang dijalankan di kawasan terbabit,” katanya ketika dihubungi pemberita di sini, hari ini.

Kosmo! Online semalam melaporkan, hampir 400 penduduk Orang Asli suku kaum Temiar di Kampung Jekjok, Pos Brooke di sini bimbang dengan kejadian lubang benam sedalam enam meter yang berlaku di Jalan Gua Musang-Lojing di sini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI