fbpx

Lorong tikus dadah di Sungai Golok dikenal pasti

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kok Chin (tengah) ketika sidang akhbar di IPK Selangor hari ini. - Foto oleh SHIDDIEQIIN ZON / KOSMO!

SHAH ALAM – Polis Diraja Malaysia (PDRM) sudah mengenal pasti lorong tikus dan laluan yang digunakan sindiket pengedaran dadah untuk menyeludup masuk dan keluar dadah di Sungai Golok, Kelantan.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman, Datuk Seri Khaw Kok Chin berkata, susulan itu pihaknya akan membanteras habis-habisan pengedaran bahan terlarang itu melalui pengesanan lorong tikus tersebut.

“Saya telah mengarahkan JSJN Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan untuk bekerjasama dengan Pasukan Gerakan Am (PGA) serta agensi keselamatan berkaitan supaya isu penyeludupan dadah dapat ditangani secara berkesan.

“Selain itu, kerjasama ini turut berfokus kepada pengawalan sempadan Malaysia (di Kelantan) serta mengenal pasti lorong tikus serta kawasan yang menjadi tumpuan kegiatan penyeludupan dadah,” katanya dalam sidang akhbar di IPK Selangor, di sini, hari ini.

Beliau menambah, PDRM turut menjalinkan kerjasama dengan pihak berkuasa Thailand bagi meningkatkan lagi keberkesanan dalam menangani penyeludupan dadah antara kedua-dua negara.

Kosmo! sebelum ini melaporkan enam rakyat Malaysia termasuk seorang penyanyi popular dari Kelantan ditahan polis Thailand kerana disyaki membawa 6,000 biji pil kuda di sebuah hotel di Sungai Golok pada 1 November lalu.

Dalam perkembangan berlainan, Kok Chin memaklumkan sebanyak 553 serbuan Ops Sarang telah dilaksanakan sepanjang tempoh 10 bulan tahun ini oleh JSJN IPK Selangor. – KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI