fbpx

Lelaki conteng bas polis kerana kecewa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Suspek menconteng bas polis yang diparkir di tepi jalan pada waktu malam. - Instagram

JAKARTA – Seorang lelaki ditahan selepas melakukan kegiatan vandalisme dengan menconteng bas milik polis di Cirebon, wilayah Jawa Barat, lapor laman berita Realita.

Dalam kejadian pada 17 November lalu, bas Direktorat Sumber Udara dan Air Polis Wilayah Jawa Barat diletakkan di tepi sebatang jalan di Kalitanjung.

Suspek berusia 22 tahun kemudian menconteng bahagian tepi bas itu sebelum memuat naik video perbuatannya ke laman Instagram.

Video tersebut menjadi tular dengan pantas sehingga memudahkan pihak polis untuk menangkapnya.

Selepas ditahan, suspek memberitahu bahawa perbuatan itu dilakukan kerana dia berasa kecewa terhadap pasukan Polis Republik Indonesia.

“Jujur saya katakan, saya kecewa dengan polis,” katanya.

Suspek turut mengaku bahawa dia berada di bawah pengaruh alkohol ketika melakukan perbuatan tersebut.

Jika disabit bersalah, suspek berdepan hukuman penjara maksimum dua tahun lapan bulan. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI