fbpx

Isu papan tanda dwibahasa ‘hangatkan’ Dewan Rakyat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar kekecohan yang berlaku di Dewan Rakyat sebentar tadi.

KUALA LUMPUR – Dewan Rakyat sebentar tadi sedikit kecoh apabila Menteri Pelancongan, Datuk Seri Tiong King Sing mengeluarkan kenyataan berhubung isu penguatkuasaan peraturan papan tanda dwibahasa oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

Kekecohan terbabit timbul selepas Datuk Mas Emeryati Samsudin (PN-Masjid Tanah) meluahkan rasa kecewa dengan kenyataan King Sing yang mendakwa tindakan DBKL menggunakan bahasa kebangsaan akan mempengaruhi keputusan pelancong untuk melawat Malaysia dan membantutkan daya saing pelancongan negara.

Dakwanya, kenyataan menteri itu sekali gus mencetuskan Isu 3R membabitkan raja, agama dan kaum yang sepatutnya tidak disentuh oleh mana-mana pihak.

“Ini kenyataan tidak benar dan memalukan sebagai Menteri Pelancongan yang sepatutnya mengangkat budaya kita.

“Sultan Selangor sudah arah tanggalkan papan tanda tulisan Cina (sebelum ini) sebab inilah tak usah Menteri (King Sing) buat drama memetik agenda perkauman.

“Kerana sebenarnya menteri sendiri yang membakar 3R dari dalam dan luar negara dan hanya untuk halalkan apa yang tidak dipatuhi undang-undang. Ini sangat tidak betul,”katanya di Dewan Rakyat hari ini.

Tindakan tersebut menyebabkan dua ahli pemimpin DAP iaitu Ahli Parlimen Raub, Chow Yu Hui dan Ahli Parlimen Kampar, Chong Zhemin bangun untuk mencelah sebagai tanda tidak setuju dengan kenyataan yang dikeluarkan Mas Ermieyati.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI