fbpx

Guru penolong kanan dikhuatiri lemas terjatuh di Sungai Pahang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
OPERASI mencari dan menyelamat yang dilakukan malam tadi bagi mencari mangsa yang terjatuh ke dalam Sungai Pahang di Chenor, Maran.

MARAN – Seorang guru penolong kanan dikhuatiri lemas selepas terjatuh ke dalam Sungai Pahang sebelum dihanyutkan arus deras di tebing Jeti Chenor di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Maran, Superintenden Wong Kim Wai berkata, kejadian kira-kira pukul 6 petang itu berlaku ketika mangsa, Murdani Ab Rahman, 53, bersama seorang rakannya pergi ke jeti Chenor untuk memancing.

“Berdasarkan laporan mangsa tiba-tiba terjatuh ke dalam sungai dan dihanyutkan oleh arus air sungai.

“Rakan mangsa kemudiannya mendapatkan pertolongan dari rakan-rakannya berhampiran untuk menyelamatkan mangsa namun tidak berjaya,” katanya di sini hari ini.

Menurut Kim Wai kira-kira pukul 7.30 malam pos kawalan tempat kejadian (PKTK) telah dibuka dan operasi menyelamat dilakukan pelbagai agensi terlibat.

Katanya, pada pukul 9.30 malam operasi mencari dan menyelamat dihentikan sementara atas faktor cuaca yang tidak mengizinkan sebelum operasi mencari dan menyelamat diteruskan pada pukul 7.30 pagi ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI