fbpx

EPL: Leicester pecat khidmat Cooper

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
COOPER

LONDON – Leicester City membuat keputusan memecat pengurusnya, Steve Cooper ekoran kekelahan 1-2 menentang Chelsea kemarin ketika beliau menyertai pasukan itu dengan kontrak tiga tahun pada musim panas lalu.

Selepas 12 perlawanan bersama Cooper yang tiba menggantikan Enzo Maresca, The Foxes hanya berjaya meraih 10 mata menerusi dua kemenangan, empat seri dan berdepan kekalahan dalam enam perlawanan.

“Leicester City mengesahkan bahawa kelab ini sudah berpisah dengan Steve Cooper yang tidak lagi akan menguruskan pasukan ini. Pembantu pengurus, Alan Tate dan jurulatih, Steve Rands juga akan turut meninggalkan kelab ini.

“Buat masa ini, jurulatih pasukan utama, Ben Dawson akan mengambil alih tugas mengendalikan sesi latihan pasukan utama dibantu oleh Danny Alcock dan Andy Hughes ketika pihak pengurus sedang berusaha untuk mendapatkan khidmat pengendali baharu,” menurut kenyataan kelab itu.

Ketika perlawanan menentang Chelsea, pasukan itu hanya berjaya melakukan satu percubaan tepat dan menyempurnakan sepakan penalti menerusi Jordan Ayew, namun gawang mereka bolos hasil jaringan Nicolas Jackson dan Enzo Fernandez. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI