fbpx

EPL: Chelsea bergelut sebelum menang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
JACKSON (tengah) meledak gol pembukaan Chelsea ketika mereka meraih kemenangan ke atas Leicester kelmarin. - AFP

LEICESTER – Chelsea kembali mendapatkan rentak kemenangan meskipun agak bergelut ketika menewaskan Leicester City 2-1 pada aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) di Stadium King Power malam kelmarin.

The Blues memastikan mereka terus berada dalam kelompok empat teratas menerusi dua jaringan yang dilakukan Nicolas Jackson dan Enzo Fernandez, manakala gol saguhati tuan rumah dijaringkan Jordan Ayew.

Pengurus Chelsea, Enzo Maresca mengakui dapat menarik nafas lega selepas skuad kendaliannya sekadar mencatat keputusan seri dua kali berturut-turut dalam saingan liga sebelum ini menentang Manchester United dan Arsenal.

“Semua perlawanan adalah penting untuk kami dan hari ini (kelmarin) tidak terkecuali. Saya sangat gembira kami dapat membawa pulang tiga mata selepas beberapa ketika ‘sunyi’ daripada kemenangan.

“Jackson bermain cukup baik dan sentiasa bekerja keras untuk membantu pasukan. Kadang-kadang dia seperti pemain tengah apabila banyak turun ke bawah bagi membantu rakan sepasukan yang lain,” katanya.

Mengulas terjahan keras yang dilakukan Wilfred Ndidi ke atas Cole Palmer, beliau yang merupakan bekas pengendali The Foxes tidak menganggap bekas anak buahnya itu sengaja melakukan kekasaran tersebut.

“Saya tidak fikir dia (Ndidi) sengaja menjadikan Cole (Palmer) sebagai sasaran. Jika dia berniat tidak baik, sudah tentu pengadil membuat keputusan berbeza, jadi saya setuju pengadil tidak melayangkan kad merah,” ujar Maresca. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI