fbpx

DUN Pulau Pinang: Feri rugi RM14 juta setahun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR HIASAN

GEORGE TOWN – Perkhidmatan feri atau katamaran di Pulau Pinang dianggarkan mengalami kerugian tahunan kira-kira RM14 juta.

Pengerusi Pengerusi Infrastruktur, Pengangkutan dan Digital, Zairil Khir Johari berkata, berdasarkan rekod kewangan Penang Port Sdn. Bhd. (PPSB), kos perkhidmatan feri baharu adalah melebihi jumlah kutipan tiket feri.

”Untuk gambaran kasar, kutipan tiket perkhidmatan feri hanya dapat menampung kira-kira 35 peratus daripada perbelanjaan kos perkhidmatan operasi feri. Dianggarkan perkhidmatan feri kerugian tahunan RM14 juta,” katanya pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang, di sini hari ini.

Zairil (DAP-Tanjong Bungah) menjawab soalan daripada Teh Lai Heng (DAP-Komtar) berhubung kerugian yang dialami perkhidmatan feri di Pulau Pinang.

Menurut Zairil, terdapat beberapa faktor yang menyumbang kepada kerugian operasi feri seperti kos diesel tinggi yang dibayar mengikut harga pasaran. – KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI