fbpx

Bagi PDRM siasat suntingan video PMX di CNN – Nei Ching

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar sewaktu sesi temu ramah bersama agensi CNN baru-baru ini.

KUALA LUMPUR – Kementerian Komunikasi menyerahkan siasatan berkaitan suntingan video temubual Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama Richard Quest di CNN kepada pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Timbalan Menterinya, Teo Nie Ching berkata, tindakan itu diambil susulan penjelasan Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil yang mendakwa video itu disunting oleh pihak tidak bertanggungjawab bagi tujuan mengelirukan rakyat.

“Tentang tindakan yang akan diambil mereka yang sunting video (temu bual Anwar bersama CNN), saya rasa lebih sesuai dijawab oleh PDRM,” katanya di Dewan Rakyat, di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian bagi menjawan soalan tambahan Afnan Hamimi Taib Azamudden (PN-Alor Setar) yang meminta kementerian menjelaskan suntingan video Perdana Menteri itu yang memberi gambarann seolah-olah kerajaan mengiktiraf kewujudan Israel.

Sebelum ini, Fahmi berkata video tular tersebut tidak menggambarkan konteks pendirian yang disampaikan Perdana Menteri, iaitu Malaysia akan terus melindungi kewujudan Palestin dan tidak akan pernah sesekali mengiktiraf negara haram Israel. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI