fbpx

Hujan berterusan di utara, Pantai Timur dan Johor hingga Jumaat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR HIASAN

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) telah mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada yang dijangka melanda beberapa negeri di Semenanjung Malaysia bermula esok hingga Jumaat.

Antara negeri yang terlibat di Utara termasuklah seluruh kawasan Perlis, Kubang Pasu, Pokok Sena, Padang Terap, Pendang, Sik dan Baling di Kedah, serta Hulu Perak di Perak.

Di Pantai Timur, kawasan yang dijangka terkesan ialah Gua Musang di Kelantan, manakala di Pahang pula melibatkan Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Raub, Bentong, Temerloh, Maran, dan Bera.

Amaran yang sama turut dikeluarkan untuk seluruh kawasan Johor.

Selain itu, seluruh kawasan Terengganu juga terlibat dengan amaran hujan berterusan tahap waspada sehingga Jumaat, 29 November ini.

MetMalaysia turut mengeluarkan amaran hujan berterusan di Kelantan, dengan kawasan yang terlibat termasuk Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Jeli, Tanah Merah, Bachok, Machang, Pasir Puteh, dan Kuala Krai, manakala di Pahang, kawasan terjejas termasuk Jerantut, Kuantan, Pekan, dan Rompin.

Sabah juga tidak terkecuali, dengan amaran hujan berterusan dikeluarkan di Sandakan (Telupid, Beluran, dan Sandakan) serta Kudat.

Amaran hujan berterusan tahap waspada ini dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda hujan atau ribut petir yang dijangka berlaku melebihi enam jam dalam tempoh tersebut di kawasan berkenaan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI