fbpx

303 pelajar sekolah rentas Sungai Golok setiap Ahad hingga Khamis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pelajar menaiki bot di pangkalan haram Pohon Jambu, Rantau Panjang untuk pulang ke rumah mereka di Sungai Golok, Thailand selepas sesi persekolahan pada minggu lalu. - Foto oleh ROHANA ISMAIL / KOSMO!

KOTA BHARU – Seramai 303 pelajar warganegara Malaysia yang tinggal di Thailand merentas Sungai Golok menggunakan pangkalan haram untuk ke sekolah di Rantau Panjang setiap hari Ahad hingga Khamis.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd. Yusoff Mamat berkata, data tersebut diperoleh daripada Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Kelantan semasa sesi mesyuarat di Kompleks Imigresen, Kastam Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Rantau Panjang bersama Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan Keselamatan) Majlis Keselamatan Negara (MKN), Hamzah Ishak semalam.

Menurutnya, daripada jumlah keseluruhan pelajar itu, seramai 221 orang bersekolah di sekolah Kementerian Pendidikan (KPM), manakala 82 orang lagi di Yatasan Islam Kelantan.

“Empat pendekatan ditetapkan oleh KPM kepada pelajar sekolah yang terlibat selepas 1 Disember ini iaitu pihak JPN perlu menyediakan asrama untuk pelajar yang terlibat atau tinggal di asrama sekolah berdekatan sekiranya asrama sekolah mereka penuh.

“Selain itu, pelajar warganegara Malaysia yang tinggal di Thailand juga boleh menyewa di kawasan berhampiran sekolah atau pendekatan terakhir adalah berulang-alik melalui ICQS,” katanya ketika ditemui pemberita di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Mohd. Yusoff memberitahu, mesyuarat bersama MKN itu turut memaklumkan bahawa pihak imigresen di Thailand juga bersetuju untuk melaksanakan pembukaan kaunter ICQS lebih awal iaitu pukul 6 pagi bagi memudahkan pergerakan pelajar ke sekolah.

Menurutnya, justeru, tidak timbul isu pelajar sekolah akan datang lewat ke sekolah sekiranya mereka melalui laluan yang diwartakan iaitu ICQS Rantau Panjang.

“Sebelum ini, kaunter ICQS memang buka pada pukul 6 pagi, namun operasinta diubah kepada pukul 7 pagi selepas pandemik Covid-19.

“Segala arahan dan ketetapan yang dikeluarkan ini adalah untuk menjaga keselamatan semua pihak. Pelajar sentiasa berdepan risiko apabila merekq perlu menaiki sampan dan rakit semasa merentas Sungai Golok untuk ke sekolah,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI