KUALA SELANGOR – Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah berkenan menyempurnakan perasmian Kongres Saintifik Tahunan (ASC) 2024 di Hospital Al-Sultan Abdullah (HASA) Universiti Teknologi Mara (UiTM), Kampus Puncak Alam di sini, hari ini.
Ketibaan baginda disambut Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad, Naib Canselor UiTM, Prof. Datuk Dr. Shahrin Sahib dan Presiden Kolej Perubatan Malaysia, Prof. Datuk Seri Dr. Paras Doshi.
Pada majlis itu, Sultan Nazrin berkenan menyampaikan beberapa anugerah khas termasuk Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat kepada tiga penerima iaitu Datuk Dr. Aris Chandran Abdullah, Prof. Emeritus Datuk Dr. Raymond Azman Ali dan Datuk Seri Azhari Rosman.
Tan Sri Ridzwan Abu Bakar pula dipilih sebagai penerima Anugerah Orator Datuk Dr. Lim Kee Jin manakala sembilan presiden College of Physicians antarabangsa dianugerahkan Honorary Fellowship.-KOSMO! ONLINE