fbpx

Selangor FC lantik pengendali baharu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KINOSHI dilantik sebagai pengendali baharu Selangor FC menggantikan Nidzam yang meletakkan jawatan sebelum ini.

TEKA-teki mengenai calon pengendali baharu Selangor FC akhirnya terjawab selepas pihak pengurusan mengambil pendekatan ‘pandang ke Timur’ dengan melantik jurulatih kelahiran Jepun, Katsuhito Kinoshi.

Menerusi kenyataan yang dikeluarkan Selangor FC semalam, Kinoshi memiliki kepakaran dalam membangunkan pasukan serta pembangunan pemain muda yang akan menjadi aset besar kepada kelab itu dalam usaha mencapai kejayaan.

Kinoshi mengakui cukup teruja untuk bekerja dengan barisan pemain Gergasi Merah yang berbakat dan menjangkakan pasukan yang teratur, dinamik serta bersedia untuk berjuang bagi setiap perlawanan.

“Saya merasa satu penghormatan menyertai Selangor FC dan teruja untuk bekerja dengan pemain berbakat di sini.

“Kami akan berusaha untuk membina pasukan yang bukan sahaja kukuh dari segi taktikal, tetapi juga penuh dengan semangat dan tekad untuk berjaya,” katanya pengendali berusia 60 tahun itu.

Kinoshi sebelum ini miliki pengalaman luas dan pernah bekerjasama dengan pengendali berpengaruh dalam dunia kejurulatihan bola sepak seperti Dragan Stojkovic, Giovanni van Bronckhorst dan Akira Nishino.

Kehadiran Kinoshi sekali gus menamatkan spekulasi penyandang ‘kerusi panas’ itu selepas Nidzam Jamil membuat keputusan mengejut meletakkan jawatan pada 30 Oktober lalu.

Pengurusan Selangor FC sebelum ini pernah mencuba DNA Jerman menerusi gandingan Michael Feichtenbeiner dan Karsten Neitzel sejak 2020 sebelum menggunakan kepakaran tempatan dengan melantik Tan Cheng Hoe serta Nidzam pada 2022.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI