fbpx

Rosnani Jamil kesal Ahmad Nawab tak sempat tengok galeri sendiri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Rosnani Jamil sayu apabila maestro muzik Allahyarham Tan Sri Ahmad Nawab tidak sempat menyaksikan penubuhan sebuah galeri seni istimewa yang kini sedang dalam perancangan.

GOMBAK – Gagal menahan sebak, Seniwati Datuk Rosnani Jamil sayu apabila maestro muzik Allahyarham Tan Sri Ahmad Nawab tidak sempat menyaksikan penubuhan sebuah galeri seni istimewa yang kini sedang dalam perancangan.

Rosnani, 88, yang merupakan sahabat baik arwah berkata, sayangnya idea tersebut belum dapat direalisasikan buat masa ini memandangkan pihaknya mendahulukan penubuhan galeri untuk Allahyarham Seniman Nordin Ahmad.

“Mak (Rosnani) dengan arwah terlalu rapat. Kebetulan mak baru balik dari Penang, merasmikan galeri untuk Allahyarham Nordin Ahmad bersama Persatuan Karyawan Pulau Pinang.

“Orang ingat Allahyarham Tan Sri P. Ramlee sahaja, jadi dalam pada itu kita berbicara memikirkan mengenai arwah sebab dia pun orang Penang, disebabkan itu persatuan mengatakan insya-Allah, sekarang kita sudah selesai buat untuk Nordin dan kita akan buat untuk Ahmad Nawab pula.

“Kami sangat gembira bercakap mengenai dia, kemudian tadi anak telefon katakan Ahmad Nawab sudah tiada. Jadi saya tak tahu nak cakap apa, saya sedih tidak dapat berjumpa pun,” katanya kepada Kosmo! Online ketika ditemui di kediaman Allahyarham sebentar tadi.

Dalam masa sama, Rosnani mengakui sering berkunjung ke rumah Allahyarham sahabatnya itu sebelum isteri arwah meninggal dunia.

“Dahulu ketika saya pandai bawa kereta, ketika arwah isterinya masih ada, kami sangat rapat, selalu bawakan lauk makan di rumah anak. Sekarang isteri dia sudah tiada, Mak tidak datang sehingga hari ini.

“Anak saya selalu marah, iyalah kalau nak datang kena masak untuk dia, dia sukakan rendang ayam Mak.

“Doalah semoga Allah meletakkan dia bersama hambaNya yang beriman, ampunkan segala dosanya. Tak lagi Mak pun akan menyusul agaknya,” ujarnya lagi.

Sebelum ini, Ahmad Nawab dilaporkan meninggal dunia di kediamannya di Taman Melewar, Batu Caves, kira-kira pukul 3.15 petang akibat sesak nafas. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI