PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) menjangkakan hujan lebat dan ribut petir di Sarawak dan Sabah sehingga pukul 4 petang ini.
Kawasan-kawasan yang diramal terlibat di Sarawak adalah Sri Aman, Betong, Sarikei (Pakan dan Julau), Sibu (Kanowit) dan Kapit (Song).
“Di Sabah pula adalah Pedalaman (Tenom, Kuala Penyu, Beaufort, Nabawan, Keningau dan Tambunan) dan Pantai Barat.
“Turut terkesan adalah seluruh kawasan Labuan,” kata kenyataan itu. – KOSMO! ONLINE