fbpx

Remaja lelaki lemas di Pantai Batu Mandi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mayat mangsa dibawa ke Dermaga Bintulu selepas dijumpai terapung kira-kira pukul 9.15 pagi, hari ini.

BINTULU – Remaja lelaki yang hilang selepas dihanyut ombak ketika mandi di Pantai Batu Mandi di sini petang semalam, dijumpai terapung hari ini.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak berkata mayat mangsa berusia 18 tahun itu dijumpai oleh pasukan mencari dan menyelamat (SAR) pada jarak 1.5 kilometer dari Pusat Kawalan Operasi Bomba kira-kira pukul 9.15 pagi.

“Pasukan bomba membantu mengangkat mayat mangsa dari bot polis marin ke Dermaga Bintulu. Setelah pengesahan dibuat, mayat mangsa kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya,” katanya dalam kenyataan, hari ini.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI