fbpx

Pogba mampu menyerlah di sana

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
POGBA

PARIS – Bekas pemain antarabangsa Perancis, Adil Rami berharap Paul Pogba dapat memeriahkan semula saingan Ligue 1 sekiranya bersetuju untuk menyertai kelab Olympique Marseille pada jendela perpindahan Januari depan.

Sebagai rekod, Pogba yang masih memiliki kontrak bersama Juventus sehingga penghujung musim ini dibenarkan berbincang dengan mana-mana kelab yang diminatinya untuk berhijrah pada tahun depan.

Rami yang menjadi rakan sepasukan Pogba ketika membantu Les Bleus menjuarai Piala Dunia edisi 2018 berharap bekas pemain Manchester United itu membuat keputusan dengan memilih Marseille.

“Pogba adalah pemain yang sangat bagus dan harap dia berada dalam keadaan sihat. Saya dengar dia berminat untuk menyertai Marseille dan ini adalah berita yang bagus kerana pasukan itu perlu pemain yang memiliki karakter seperti Pogba.

“Marseille adalah pilihan yang bagus dan kedua-duanya bakal saling melengkapi. Cuma, saya tidak meletakkan harapan tinggi kerana apa sahaja boleh berlaku dalam jendela perpindahan,” kata Rami yang pernah menyarung jersi Marseille pada musim 2017 hingga 2019.

Pogba sebelum ini digantung empat tahun selepas ‘kantoi’ doping tetapi hukuman itu dikurangkan kepada 18 bulan dan dibenarkan kembali menjalani latihan kompetitif pada Januari sebelum beraksi seawal Mac. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI