ALOR SETAR – Kerajaan Negeri Kedah hari ini meluluskan pemberian Bantuan Khas Kewangan (BKK) sebanyak RM2,000 seorang kepada 5,376 penjawat awam negeri itu.
Menteri Besar, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor berkata, pembayaran bantuan khas tersebut akan dibuat pada Mac tahun hadapan bersempena Hari Raya Aidilfitri dan seterusnya pada Jun tahun sama.
Katanya, pemberian BKK itu adalah bagi menghargai usaha dan sumbangan penjawat awam serta jentera pentadbiran negeri.
“Jumlah keseluruhan peruntukan bagi maksud itu adalah RM12 juta,” katanya ketika membentangkan Bajet 2025 pada persidangan DUN Kedah di Wisma Darul Aman, di sini hari ini. – KOSMO! ONLINE