fbpx

Lubang benam sedalam 6 meter di Jalan Gua Musang-Lojing

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan lubang benam sedalam enam meter yang berlaku di Jalan Gua Musang-Lojing, Gua Musang semalam. FOTO AIMUNI TUAN LAH

GUA MUSANG – Hampir 400 penduduk Orang Asli suku kaum Temiar di Kampung Jekjok, Pos Brooke di sini bimbang dengan kejadian lubang benam sedalam enam meter yang berlaku di Jalan Gua Musang-Lojing di sini, semalam.

Penghulu Kampung Jekjok, Jubir Sekmo, 53, berkata, hujan yang berterusan tiga hari berturut-turut menyebabkan hakisan tanah dan berlaku kejadian lubang benam berhampiran kampung mereka.

Katanya, kejadian itu pertama kali berlaku berhampiran penempatan penduduk Orang Asli dan dibimbangi akan berlaku di kawasan lain.

“Kami percaya hakisan tanah itu adalah kesan pembukaan kawasan hutan untuk tujuan pertanian kebun sayur berhampiran jalan utama Gua Musang-Lojing.

“Penduduk Orang Asli di Kampung Jekjok dan kampung sekitar kini bimbang perkara yang sama akan berulang di kawasan lain sehingga boleh meragut nyawa penduduk,” katanya ketika ditemui pemberita di Kampung Jekjok, Pos Brooke di sini hari ini.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintendan Sik Choon Foo berkata, kejadian itu berlaku berhampiran Kampung Jekjok dan orang ramai dinasihatkan lebih berhati-hati ketika memandu di sepanjang Jalan Lojing-Gua Musang.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI