fbpx

Lagi pesawat Malaysia Airlines terpaksa dilencong ekoran isu teknikal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PUTRAJAYA – Pesawat Malaysia Airlines (MH79) dari Hong Kong ke Kuala Lumpur terpaksa dilencongkan ke Lapangan Terbang Antarabangsa Ho Chi Minh City di Vietnam susulan berdepan masalah teknikal.

Malaysia Airlines dalam satu kenyataan berkata, bagaimanapun, pesawat yang membawa seramai 147 penumpang dan tujuh anak kapal selamat mendarat pada pukul 10.40 pagi waktu tempatan hari ini.

“Demi keselamatan, juruterbang bertugas membuat keputusan untuk melencongkan pesawat bagi memastikan masalah itu dapat diperbaiki sebelum meneruskan perjalanan ke Kuala Lumpur.

“Penumpang kini dialihkan ke penerbangan alternatif untuk memastikan mereka tiba di destinasi masing-masing, sementara sebahagian daripada mereka disediakan penginapan di hotel berdekatan lapangan terbang,” katanya hari ini.

Jelasnya, Malaysia Airlines juga kesal atas kesulitan dan gangguan perjalanan penumpang di mana keselamatan mereka tetap menjadi keutamaan kepada syarikat penerbangan itu.

Sebelum ini, beberapa pesawat Malaysia Airlines turut berdepan isu sama seperti MH128 dari Melbourne ke Kuala Lumpur terpaksa dilencongkan ke Alice Springs akibat masalah enjin di udara.

Selain itu, sebuah penerbangan Malaysia Airlines yang membawa 259 jemaah umrah menuju ke Jeddah berpatah balik ke KLIA disebabkan masalah teknikal sejurus selepas berlepas.

Pada 24 Jun, sebuah penerbangan ke Bangkok juga berpatah balik ke KLIA selepas mengalami masalah tekanan udara. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI