fbpx

Isyariana takut artis senior

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ISYARIANA

MUTAKHIR ini industri hiburan hangat dengan isu buli dalam kalangan pelakon. Perkara ini tercetus apabila ada segelintir pelakon baharu mendedahkan pernah dibuli kru dan pelakon senior di set penggambaran.

Tentu sahaja dakwaan itu membuatkan barisan pelakon senior buka mulut dan tampil dengan hujah masing-masing.

Baru-baru ini pelakon Sharifah Shahora berkongsi video menjalani penggambaran dengan pelakon Isyariana dan Kuza.

Dalam video itu Shahora bertanya kepada Isyariana, adakah dia takut berbual dengan pelakon senior.

Dengan nada berseloroh Isyariana memberitahu dia memang takut menghabiskan masa dengan pelakon senior. Risau kena buli sampai cuak hendak melontarkan dialog.

Belum sempat Isyariana menghabiskan jenakanya tentang isu buli pelakon senior, Shohara pantas memaklumkan Kuza penah meluahkan perasaan terkilan kerana pelakon baharu engganberkawan dengannya.

Kata Kuza, kejadian menyedihkan hatinya itu berlaku baru-baru ini di lokasi penggambaran.

Dengan wajah sayu, Kuza menceritakan perkara itu kepada Isyariana dan Shohara.

Namun, Shohara cepat-cepat mencelah dan menasihati Kuza agar lebih mesra dengan pelakon baharu di set penggambaran.

Bagi Diva tidak kiralah pelakon baharu atau senior masing-masing kena saling berusaha menyesuaikan diri antara satu sama lain. Malah, yang muda kenalah hormat pelakon senior dan kru. Tak susah pun kan.

Diva: Bila heboh isu buli, teringat pula filem Diva Popular lakonan Ezlynn dan Datin Seri Umie Aida.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI