fbpx

Ikan temenung lemak 30 sen seekor jadi rebutan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Orang ramai memilih ikan temenung lemak yang dijual 30 sen seekor pada Jualan Rahmah di pekarangan Masjid Matang Gerdu di Bagan Serai hari ini. - Foto WAT KAMAL ABAS

BAGAN SERAI – Ikan temenung lemak yang dijual pada harga 30 sen seekor menjadi rebutan orang ramai di program Jualan Rahmah yang diadakan di pekarangan Masjid Matang Gerdu di sini hari ini.

Peniaga ikan, Haris Hanis, 21, berkata, dia tidak menyangka jualan ikan temenung lemak yang dijualnya mendapat sambutan amat menggalakkan.

“Tak menang tangan kami melayan pelanggan yang datang ke gerai jualan. Ini merupakan kali pertama kami buat jualan ikan temenung dengan harga 30 sen seekor dalam Jualan Rahmah di Bagan Serai.

“Sejak awal gerak dibuka pagi tadi orang ramai dah datang membeli ikan. Saya gembira menyertai program ini yang mana kami dijemput oleh penganjur untuk menyertai Jualan Rahmah ini bagi mempelbagaikan barang keperluan harian untuk penduduk setempat,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Pada masa sama, menurut Haris, ikan temenung lemak yang dibawa ke dalam Jualan Rahmah ini adalah sebanyak 500 kilogram.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI