fbpx

Empat sekeluarga terperangkap dalam kebakaran rumah kedai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kebakaran dilaporkan berlaku pukul 3.28 pagi tadi. FOTO JBPM SELANGOR

KAJANG – Empat sekeluarga berdepan detik cemas apabila terperangkap di dalam rumah kedai di Jalan Sungai Chua, Kampung Sungai Chua, di sini, awal pagi tadi.

Bagaimanapun, tindakan pantas pasukan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor membuka pintu rumah kedai terbabit berjaya menyelamatkan empat individu berkenaan.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi JBPM Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian pukul 3.28 pagi.

Katanya, anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kajang dibantu BBP Bangi, BBP Bandar Tun Hussein Onn dan Pasukan Bomba Sukarela Bangi dikejarkan ke lokasi.

“Sebaik tiba di lokasi, didapati satu unit rumah kedai dua tingkat terbakar sebanyak 75 peratus di bahagian atas dan bawah.

“Selain itu, tiga unit kedai berkembar terbakar 90 peratus di mana dua lelaki dan dua wanita berusia 27 hingga 58 tahun terperangkap di bawah kedai,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut beliau, pihak bomba terus bertindak membuka pintu menggunakan alat pemotong sebelum berjaya membawa keluar mangsa.

“Mereka yang terselamat terdiri daripada suami isteri dan anaknya yang tinggal di bahagian belakang kedai basikal. Mereka dibawa ke Hospital Kajang kerana mengalami sesak nafas,” jelasnya. -KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI