fbpx

Ahmad Nawab meninggal dunia akibat sesak nafas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AHMAD NAWAB meninggal dunia hari ini kira-kira pukul 3.15 petang tadi.

PETALING JAYA – Tokoh muzik legenda, Tan Sri Ahmad Nawab meninggal dunia akibat sesak nafas pada usia 92 tahun petang tadi.

Berita dukacita itu disahkan anaknya, Nasir Nawab ketika dihubungi Kosmo! Online sebentar tadi.

“Maaf saya tak boleh cakap banyak buat masa sekarang. Ya, betul bapa saya baru meninggal dunia petang tadi.

“Punca kematian sesak nafas dan saya minta agar semua doakan agar rohnya dicucuri rahmat,” katanya.

Allahyarham yang merupakan Seniman Negara ke-7 menghembuskan nafas terakhir sekitar pukul 3.15 petang tadi.

Sepanjang kariernya, maestro muzik yang mencipta legasi dalam industri rakaman negara dengan lebih 2,000 lagu digubah sejak era 1950-an.

Beliau dikurniakan darjah kebesaran Panglima Setia Mahkota (PSM) yang membawa gelaran Tan Sri sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah pada Jun 2023.

Ahmad Nawab melahirkan ramai nama besar dunia seni suara seperti Allahyarham Datuk Sharifah Aini, Allahyarham Datuk Sudirman Arshad, Datuk Khadijah Ibrahim, Datuk Jamal Abdillah, Uji Rashid dan Ramlah Ram. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI