fbpx

Aaron-Wooi Yik perlu buat ‘kerja rumah’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AARON dan Wooi Yik mengesahkan tempat ke saingan WTF 2024 biarpun terkandas di suku akhir pada China Masters. - AFP

MASIH ada beberapa kelemahan perlu diperbaiki beregu lelaki No. 1 negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik selepas mengesahkan kelayakan ke Kejohanan Badminton Jelajah Dunia Akhir (WTF) 2024 di Hangzhou, China pada 11 hingga 15 Disember depan.

Meskipun menamatkan aksi China Masters di suku akhir, namun bekas juara dunia itu masih dapat meneruskan kemaraan selepas pencabar terdekat dari Jepun, Takuro Hoki-Yugo Kobayashi turut terkandas di pusingan sama.

Situasi itu bakal menyaksikan Aaron-Wooi Yik melonjak ke kedudukan ketujuh ranking Jelajah Dunia Persekutuan Badminton Dunia (BWF), sekali gus menempatkan diri dalam kelompok lapan teratas yang menjadi syarat kelayakan.

Pengarah Kejurulatihan Akademi Badminton Malaysia (ABM), Rexy Mainaky bagaimanapun mengharapkan anak-anak buahnya itu menggunakan masa yang ada bagi memperkemaskan permainan sebelum WTF 2024 membuka tirainya nanti.

“Memang kita mengharapkan Aaron-Wooi Yik layak sehingga ke separuh akhir, begitu juga dengan (Goh) Sze Fei-Nur Izzuddin (Rumsani). Perebutan cukup sengit untuk mendapatkan tiket ke Jelajah Dunia Akhir.

“Bagaimanapun, memang bernasib baik Aaron-Wooi Yik layak kerana Hoki-Kobayashi juga sudah tersingkir. Selepas ini, banyak perkara perlu diperkemas dan ditambah sebelum ke sana (WTF 2024),” katanya.

Terdahulu, gandingan No.5 dunia itu terpaksa akur tersingkir di suku akhir China Masters selepas tewas 23-25, 21-17, 12-21 kepada beregu tuan rumah yang juga pilihan ketiga kejohanan, He Ji Ting-Ren Xiang Yu.

Dengan kelayakan Aaron-Wooi Yik ke kejohanan penutup tirai Jelajah Dunia BWF itu, Malaysia kini memiliki dua wakil dalam acara beregu lelaki termasuk pasangan profesional, Sze Fei-Izzuddin.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI