fbpx

Warga emas rugi RM260,950 ditipu ‘pegawai NSRC dan polis’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

KUANTAN – Seorang wanita warga emas mengalami kerugian sebanyak RM260,950 selepas terperdaya dengan suspek yang menyamar sebagai pegawai Pusat Respon Scam Kebangsaan (NSRC) dan pegawai polis.

Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Yahaya Othman berkata, kejadian bermula pada 29 September lalu selepas mangsa yang berumur 61 tahun menerima panggilan telefon daripada suspek menyamar sebagai pegawai NSRC yang memaklumkan mangsa terlibat dalam aktiviti judi dalam talian dan penggubahan wang haram.

“Panggilan telefon tersebut kemudiannya disambungkan kepada pegawai polis dan suspek mengatakan terdapat waran tangkap terhadap mangsa kerana terdapat RM1.18 juta kemasukan wang ke dalam akaun banknya.

“Pada 27 Oktober lalu mangsa diarah memindahkan wang simpanan Tabung Haji sebanyak RM120,000 dalam akaun bank miliknya dan suspek turut mengarahkan kad ATM berserta nombor pin mangsa diletakkan di lokasi diberi bagi tujuan siasatan oleh Jabatan Audit Negara,” katanya di sini hari ini.

Menurutnya, mangsa mula menyedari ditipu setelah mendapati wang dalam akaun bank miliknya sebanyak RM260,950 termasuk wang simpanan Tabung Haji dikeluarkan oleh suspek.

Dalam pada itu katanya, pihak polis menasihatkan orang ramai yang menerima panggilan meragukan untuk segera membuat semakan dengan pihak polis atau agensi kerajaan berkaitan bagi mengelakkan menjadi mangsa penipuan.

“Masyarakat juga diingatkan sentiasa peka terhadap trend penipuan dalam talian terkini kerana modus operandi penjenayah sentiasa berubah dan semakin canggih terutama dengan perkembangan teknologi,” ujarnya.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI