fbpx

Warga asing ‘ghaib’ bila nampak lelaki pakai kemeja-T biru

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan gerai sayur-sayuran di Pasar Borong Pulau Mutiara, Gat Lebuh Maccalum yang lengang tanpa kelibat pekerja warga asing, pagi tadi.

GEORGE TOWN – Puluhan pekerja warga asing sanggup meninggalkan premis dan sayur-sayuran di kaki lima kedai sejurus melihat sekumpulan lelaki berpakaian seragam memasuki Pasar Borong Pulau Mutiara, Gat Lebih Maccalum di sini, awal pagi tadi.

Kelibat mereka dilihat sejurus sepasukan pemantau pertubuhan bukan kerajaan (NGO), Skuad Bentras dengan berpakaian kemeja-T biru muda bersama pihak berkuasa Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) hadir kira-kira pukul 3.30 pagi tadi.

Tidak cukup itu, suasana pasar borong yang setiap paginya dikatakan kecoh dengan jeritan peniaga dan para pekerja tiba-tiba bertukar sunyi dengan keadaan kedai dibuka tanpa kelibat penjaganya.

Pasar borong berkenaan yang menempat jualan barangan basah dan kering itu beroperasi bermula pukul 10 malam hingga 10 pagi setiap hari.

Ketua Skuad Bentras, Wong Kin Wai berkata, pemantauan dengan kerjasama bahagian Penguatkuasa MBPP itu dijalankan setelah pihaknya menerima lebih 10 aduan berhubung lambakan warga asing di lokasi berkenaan sejak minggu lalu.

Kin Wai (dua dari kanan) memantau keadaan di Pasar Borong Pulau Mutiara, Gat Lebuh Maccalum, pagi tadi.

Menurutnya, hasil pemantauan mendapati kira-kira 5,000 warga asing tinggal di sekitar kawasan perumahan di situ dan sebilangan mereka bekerja di pasar borong berkenaan.

“Aduan mengatakan berlaku lambakan warga asing di pasar borong ini tetapi bila kami datang, banyak kedai dibuka tetapi orangnya (peniaga dan pekerja warga asing) tiada. Mereka tinggalkan kedai dan sayur-sayur di tengah laluan masuk pun ada.

“Bukan itu sahaja, ada juga majikan yang cuba melindungi pekerja mereka termasuk memberi alasan tidak sempat memperbaharui permit dan menggajikan pekerja yang juga pemegang kad Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNCHR).

“Malah, tadi ada juga warga asing yang mempunyai permit bekerja sebagai pembantu jualan tetapi bekerja di pasar ini,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau memberitahu, pihaknya akan melaksanakan tindakan susulan bagi membanteras lambakan warga asing di lokasi berkenaan dan berbincang dengan pihak berkuasa tempatan mengenai bentukan tindakan yang akan diambil. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI