fbpx

Wanita tertinggi dan paling pendek bertemu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
RUMEYSA dan Jyoti bertemu di London baru-baru ini. Guinness World Records

LONDON  – Wanita tertinggi, Rumeysa Gelgi bertemu wanita terpendek dunia, Jyoti Amge di London bagi meraikan Hari Guinness World Records yang ke-20, lapor portal berita thepinknews,com semalam.

Kedua-dua mereka makan tengah hari bersama di Hotel Savoy sambil  bercerita tentang kisah hidup dan pengalaman masing-masing.

Guinness World Records merakam video perjumpaan mereka sebelum dikongsi di platform TikTok. Klip video itu menjadi sangat tular dan mencatatkan hampir 50 juta tontonan serta 5.4 juta tanda suka.

Rumeysa memegang Guiness World Records sebagai  wanita tertinggi dunia dengan ketinggian  215.16 sentimeter (7.05 kaki),  manakala Jyoti ialah wanita terpendek pada ketinggian cuma  62.8 sentimeter (2 kaki).

“Ia sangat menakjubkan dapat bertemu Jyoti buat kali pertama,” kata Rumeysa yang bekerja sebagai pembangun web dan berusia 27 tahun dari Turkiye.

Jyoti yang dilahirkan di India, pernah melakonkan watak Ma Petite dalam filem American Horror Story dan mengalami gangguan genetik, menyebabkan dia kerdil. 

Dia dan Rumeysa diberi penghormatan sebagai ikon Guinness World Records  dalam edisi ulang tahun ke-70 buku tersebut. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI