fbpx

[VIDEO] Nikah baru tidak sah, sekiranya bekas suami pernah lafaz rujuk

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Seorang wanita yang telah diceraikan suami terdahulu perlu berkahwin semula dengan suami baharu sekiranya rujuk pernah dilafazkan sewaktu dalam iddah.

Menjelaskan perkara itu, seorang penguam syarie di aplikasi TikTok yang dikenali sebagai @puanhazwanizainal berkata, rujuk yang dilafazkan bekas suami itu sah.

“Rujuk adalah hak suami, selagi mana isteri yang dia ceraikan itu masih dalam iddah talaq rajie.

“Jika suami lafazkan rujuk dengan lafaz yang jelas, maka sah rujuk itu walaupun isteri tidak setuju,”jelasnya.

Peguam itu berkata, walaupun kedua-duanya telah berumah tangga, mereka perlu ke Mahkamah Syariah untuk membuat pengesahan lafaz rujuk tersebut.

“Ia bagi membolehkan hakim membuat siasatan lanjut berkenaan lafaz tersebut. Jika lafaz tersebut sah, pernikahan puan dengan suami sekarang kena difaraqkan sebab nikah puan dengan suami baru itu tidak sah.

“Suami puan yang dulu kena ceraikan puan terlebih dahulu, kemudian baru puan boleh nikah semula dengan suami sekarang,”ujarnya.

Tegas peguam itu lagi, wanita terbabit perlu membuat pengesahan di mahkamah.

“Jangan ulang kesilapan dulu, sehingga memberi kesan kepada nasab anak. Nanti kemudian hari akan timbul pula isu perwalian
dan isu pewarisan andai puan meninggal dunia.

“Terus terang pada suami, insya-Allah dia akan faham sebab ini melibatkan diri dan nasab suami juga,”katanya.-KOSMO! ONLINE

@puanhazwanizainal BEKAS SUAMI PERNAH LAFAZKAN RUJU’ Nikah cerai dan rujuk ni jangan dijadikan mainan. Ia akan berlaku walaupun dalam keadaan bergurau senda. Apabila timbul isu dari 3 perkara ni, segera buat pengesahan di mahkamah syariah supaya status diri tu boleh disahkan. Jangan abaikan. Biarlah sekali je kita jahil, jangan ulang kejahilan sehingga menyusahkan banyak pihak terutamanya pasangan dan anak-anak kita sendiri. #rujuk #ruju#bercerai #suamilafazrujuk #andaitiadadia ♬ Damba Kasih – In Team

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI