TANJUNG MALIM – Penyanyi yang juga komposer profilik, Datuk Dr. M. Nasir akan terus komited memperjuangkan dunia seni negara walaupun telah berumur 67 tahun.
Pemilik nama Mohd Nasir Mohamed ini berkata, pengiktirafan Ijazah Kehormat Doktor Persembahan oleh Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) itu penghormatan yang amat besar bagi dirinya .
“Sebenarnya mereka (UPSI) telah mengikuti perkembangan saya sejak 45 tahun dahulu sampai sekarang.
“Saya rasa penghormatan ini satu yang amat besar. Ini lumrah mereka mengangkat bidang seni setinggi mana yang boleh,” katanya pada pemberita selepas Majlis Konvokesyen UPSI ke-26 di sini hari ini.
Raja Permaisuri Perak, Tuanku Zara Salim selaku Canselor UPSI berkenan menyampaikan ijazah kehormat itu kepada ‘sifu’ industri muzik negara ini.
Beliau yang telah menghasilkan lebih 3,000 lirik lagu untuk kumpulan terkenal seperti Alleycats, Sweet Charity dan Flybaits akan meneruskan dunia seninya dengan terlibat dalam filem, konsert dan merakam lagu-lagu baru.- KOSMO! ONLINE