PETALING JAYA – Jaguh Muay Thai negara, Johan Ghazali menafikan pendapatan yang diperolehinya ketika ini sehingga RM1 juta.
Johan atau nama gelanggangnya Jojo ketika membalas satu pertanyaan peminatnya di Instastory berkata, dia tidak pernah mendapat jumlah gaji tersebut dan Jojo secara berseloroh mahukan pendapatan sebanyak itu.
“Siapa cakap gaji aku sejuta? Kalau begitu aku pun nak gaji sebanyak itu,” jawabnya.
Dalam pada itu, Jojo juga menjawab satu soalan dari pengikutnya mengenai apakah kerja jika dia tidak menjadi atlet Muay Thai.
Jelas Jojo, dia tidak meminati sukan lain namun, pernah bermain bola sepak, sepak takraw, soft ball dan bermacam lagi sukan, Tetapi minatnya cukup mendalam dalam sukan Muay Thai.
“Tetapi kalau aku bukan seorang peninju, aku mungkin suka kerja berkait yang berilmiah… mungkin ‘lawyer’ (peguam),” jelasnya.
Sementara itu, dalam Instastorynya juga, Jojo mengumumkan dia telah menandatangani satu kontrak perlawan dengan musuh baharunya tidak lama lagi, namun siapa lawannya itu tidak dinyatakan.
“Aku pasti semua suka dengan perlawanan ini, aku sudah tandatangan perlawanan itu. Aku tidak boleh bagitau siapa lawan aku lagi buat masa ini,” katanya. – KOSMO! ONLINE