fbpx

Pekerja ‘kantoi’ curi cincin emas, dirakam CCTV dipasangnya sendiri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pekerja kedai emas ditahan setelah mencuri cincin emas di premis majikannya di Taman Daya, Johor Bahru

JOHOR BAHRU – Seorang pekerja kedai emas tidak menyangka rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) yang dipasangnya di kedai itu merakam aksinya mencuri sebentuk cincin emas di sebuah premis di Taman Daya, di sini.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat berkata, semakan CCTV itu membolehkan pihak polis menahan lelaki tempatan berusia 41 tahun itu, semalam.

“Kejadian dilaporkan berlaku pada Sabtu lalu, di mana suspek yang diarah oleh majikannya untuk memasang CCTV didapati telah mencuri sebentuk cincin emas seberat 16.01 gram bernilai RM5,814.32.

“Suspek kemudian telah memajak cincin tersebut di sebuah kedai emas sekitar Johor Bahru dan memperoleh hasil sebanyak RM4,950,”katanya.

Raub berkata, bertindak atas maklumat, suspek telah ditangkap pada di Ulu Tiram, semalam bersama barang rampasan termasuk baju, seluar, kasut, dan surat pajak gadai.

Katanya, hasil semakan rekod jenayah mendapati suspek tidak mempunyai sebarang rekod jenayah lampau.

“Suspek kini ditahan reman selama empat hari bermula hari ini sehingga Selasa ini bagi membantu siasatan.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI