fbpx

Legenda Denmark sah sertai BAM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
JONASSEN menggalas tugas sebagai ketua jurulatih perseorangan ABM. - AFP

KETUA jurulatih perseorangan Akademi Badminton Malaysia (ABM) yang baharu, Kenneth Jonassen menggalas tanggungjawab cukup besar bagi menamatkan kemarau pingat emas menjelang Sukan Olimpik Los Angeles 2028 (LA 2028).

Pemangku Presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Datuk V. Subramaniam berkata, badan induk sukan badminton negara itu percaya dengan kredibiliti serta pengalaman yang dimiliki bekas ketua jurulatih skuad Denmark berkenaan.

Terdahulu, BAM mengumumkan pelantikan Jonassen sebagai ketua jurulatih perseorangan ABM yang baharu dengan kontrak selama empat tahun dan bakal memulakan tugas secara rasmi 4 Januari tahun depan.

Beliau akan mengemudi kedua-dua sektor perseorangan lelaki dan wanita selain bekerja rapat dan memberikan laporan kepada Rexy berhubung program latihan skuad perseorangan.

Sebagai rekod, Jonassen merupakan individu bertanggungjawab membantu Axelsen memenangi pingat emas Sukan Olimpik Tokyo 2020 selain menjadi juara dunia pada edisi 2017 di Glasgow, Scotland.

Dalam perkembangan lain, beliau turut mengumumkan pelantikan Tan Sri Mohamad Norza Zakaria sebagai Presiden Kehormat BAM Seumur Hidup selepas dipersetujui secara sebulat suara oleh Ahli Majlis. – KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI