fbpx

“Kenapa tak kira mangkuk, kerusi sekali?” 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar menunjukkan resit pembayaran yang diterima. - TikTok

JAKARTA – Seorang lelaki terkejut apabila dikenakan bayaran sebanyak 5,000 rupiah (RM1) bagi sudu dan garfu selepas menikmati makanan di sebuah restoran di Indonesia, lapor portal berita Abatanews semalam. 

Rakaman dimuat naik di platform TikTok oleh akaun @bapaupauthea menunjukkan resit pembayaran berjumlah 23,000 rupiah (RM6.47). 

Difahamkan lelaki itu memesan hidangan mi ayam berharga 5,000 rupiah (RM1), bakso campur berharga 3,000 rupiah (RM0.84) serta dua bakso kecil berjumlah 2,000 rupiah (RM0.56).

Dia bagaimanapun tidak menyangka bahawa resit itu termasuk harga sudu garfu, bawang goreng, sambal, sos cili, kicap dan hiasan seperti saderi.

Rakaman itu mencatatkan lebih 901,000 tontonan dan menimbulkan pelbagai reaksi daripada netizen. 

“Kenapa mangkuk tak termasuk sekali?” sindir seorang netizen.

“Tempat duduk belum dimasukkan dalam resit lagi,” sindir netizen lain. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI