fbpx

GISBH: Pelan program pemulihan akidah dilaksana secara sistematik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ZULKIFLI (dua kiri) melihat pameran yang disediakan sempena program Dialog Perpaduan Malaysia Madani di Menara Tabung Haji Johor Bahru, hari ini.

JOHOR BAHRU – Pelan pemulihan akidah melibatkan ahli-ahli GISB Holdings Sdn. Bhd. (GISBH) yang telah difatwakan sesat akan dilaksanakan secara sistematik dengan mengambil kira pelbagai aspek.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Dr. Zulkifli Hasan berkata, pelaksanaan pelan itu juga akan ditambah baik dari masa ke semasa bagi memastikan ia mencapai matlamat dikehendaki.

“Setakat ini program pemulihan akidah ahli GISBH dibuat berterusan dan dilaksanakan secara sistematik serta teliti oleh semua pihak terlibat.  Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) ambil peranan itu dengan kerjasama semua Jabatan Agama Islam Negeri.

“Pelan pemulihan akidah ini sudah mengambil kira semua aspek, kita akan laksanakan dan tambah baik dari masa ke semasa,” katanya kepada pemberita selepas menyempurnakan program Dialog Perpaduan Malaysia Madani 2024, di sini hari ini.

Beliau berkata demikian apabila diminta mengulas tindakan kerajaan sekiranya ada ahli GISBH yang tidak berjaya dipulihkan sekali gus menimbulkan kebimbangan ajaran sesat itu kembali dihidupkan.

Sementara itu, beliau turut memaklumkan jumlah bekas ahli GISBH yang hadir secara sukarela bagi mengikuti pelan pemulihan itu akan dimaklumkan menteri berkaitan di dalam sidang Parlimen.

Pada 14 November lalu, Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia (MKI) memutuskan ajaran, fahaman dan pegangan ahli GISBH sebagai sesat dan menyeleweng daripada ajaran Islam.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI